...Assalamualaikum...

First of all’s siz nak ucapkan Selamat Aidilfitri kepada rakan-rakan blog,maaf fizikal dan mental andai sepanjang penglibatan siz dalam dunia blog ini,ada tercorot bahasa,tercelit sindiran, terlantang bicara,segalanye ‘ter’ la kan hehe, maaf kan siz..
Selamat Hari Raya...



Post yang lepas,siz ade berkongsi tentang kebuluran masyarakat Somalia,
bingkisan kali ini pula,siz membentangkan keperihatinan kita rakyat Malaysia terhadap Somalia.
Seperti yang kita sedia maklum,
Misi Bantuan Kemanusiaan Somalia di bawah naungan Datin Seri Rosmah Mansur,
 telah di hantar pada 28hb Ogos yang lepas melibatkan 60 sukarelawan 
terdiri daripada 40 dokter pakar, 10 pengamal media dan 10 sukarelawan.
Sebanyak RM 1.95 juta berjaya dikumpul hasil sumbangan pelbagai pihak bagi menjayakan Misi Bantuan Kemanusiaan Ke Somalia anjuran bersama Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) dan Kelab Putera 1Malaysia.
Pada masa yang sama, AirAsia bersama MAS telah bersetuju untuk membantu menghantar barang-barang keperluan ke Somalia. 
Kelab Putera 1Malaysia juga akan membuka klinik sementara di kem-kem bagi melengkapi bantuan yang diperluakan oleh rakyat Somalia.
Selain itu,Kelab Putera 1Malaysia bercadang membawa pulang seramai 11 orang anak yatim piatu dari negara berkenaan dan mereka akan ditempatkan di Permata Home.

Disini kita dapat melihat,kesengsaraan masyarakat Somalia menjadi satu fomula ampuh dan menyuntik semangat keperihatinan ramai pihak untuk tampil memberikan dan menghulurkan bantuan.
Namun begitu,kita turut berduka cita akan permergian Noramfaizul Mohd Nor 39 iaitu jurukamera Malaysia telah meninggal dunia akibat terkena tembakan peluru sesat.
Noramfaizul Mohd Nor (terkorban)

Keberanian beliau amat membanggakan demi tugas menjayakan misi tersebut.
Bersama-sama lah kita mendoa’ kan agar roh beliau dicucuri rahmat,
Kepada keluarga mendiang, sesungguhnya ketabahan menghadapi takdir ini, menjadi satu semangat untuk terus hidup.
Salam takziah siz dan warga blog ucapkan.
Al-Fatihah…

Dengan itu,setakat ini sehaja lah yang siz dapat kongsikan…
Ingatlah tangan yang meghulur lebih baik dari tangan yang menerima..
Walau pon kita tidak dapat membantu, sbesar-besar bantuan,niat dan do’a yang utama.

Salam Sahabat... Salam Aidilfitri...